Teknik bakar lemak pantas

Wednesday, 29 January 2014

Kuruskan Badan : Puan Ida Berjaya Kurangkan Berat Badan Hanya Dengan Dua Perkara.

Puan Ida : Kurangkan Berat 10kg Dalam 3 Bulan

Petua kuruskan badan berkesan
Puan Ida tak perlukan beli produk kurus. Puan Ida tak perlu pun diet ekstrim sehingga menyiksa badan. Puan Ida hanya buat dua perkara. Dua perkara yang kebanyakan semua orang dah tahu tapi ramai yang tidak berdaya nak buat.

Kuruskan badan sehingga 10kg dalam masa 3 bulan boleh dikatakan sangat cepat. Tanpa keinginan dan impian yang tinggi Puan Ida tidak akan berjaya. Tetapi keinginan  untuk merubah diri menjadi cantik dan menawan serta tidak perlu lagi susah hati apabila baju semua tak muat, susah hati pakai baju nampak gempal semacam aje membuatkan Puan Ida ingin berubah.

Anda pun boleh jika anda cekalkan hati, bulatkan tekad untuk mencapai impian mempunyai bentuk badan yang idea, Insyaallah anda akan berjaya kuruskan badan dengan cepat, mungkin juag berjaya kuruskan badan dalam masa seminggu.


Jom kita tengok apakah perkara yang Puan Ida buat untuk berjaya kuruskan badan dengan cepat :

a) Kawal Makanan. Ambil makanan yang mengandungi kalori yang hanya diperlukan oleh badan.
b) Aktiviti fizikal yang menyokong diet Puan Ida untuk lebih cepat kuruskan badan.

Senang bukan? Anda boleh buat? Saya yakin anda pun boleh.

Jom kita tengok pelan diet harian Puan Ida :
  • Sarapan jangan tinggal. Ida hanya makan nasi time lunch saja dalam kuantiti yang sedikit.
  • Waktu malam Ida tak sentuh nasi pun, Ida akan makan nestum atau biskut atau apa-apa ajer  yang ringan dan berkhasiat.
  • Ida suka menari. Tak suka sangat jogging. Jadi Ida buat aktiviti yang Ida suka iaitu menari dan aerobik dance. Tapi Ida buat sorang-sorang ajer kat rumah dalam masa 30 minit ajer. Memang best.
  • Yang lain ermm apa yer. Oh yer Ida buat sit up 25 kali setiap hari.
Mudah bukan? Yang Puan Ida tahu berapa kalori dalam badan, berapa kalori yang Puan Ida perlukan setiap hari untuk mengawal diet Puan Ida supay sentiasa bertenaga dan sihat. Untuk mempercepatkan pelan diet Ida untuk kuruskan badan, Puan Ida buat aktiviti fizikal seperti aerobik dan menari.

Jadi tak perlu lagi beli produk kurus, belanja spa, belanja produk kurus yang lain, memadai dengan pelan diet yang berkesan serta aktivit fizikal. Ianya sudah cukup untuk anda kuruskan badan dengan cepat. Yang penting kesungguhan dan letak target anda.

Semoga cerita Puan Ida menjadi sumber inspirasi anda. Saya doakan anda berjaya.

Oh ye anda boleh download 21 Teknik diet berkesan dengan percuma dibawah untuk memudahkan untuk anda membuat pelan diet kuruskan badan anda dengan berkesan :

21 Rahsia Diet Berkesan Di Bongkar.  

Ikhlas dari Hayati.

P.S Kalau nak tengok gambar Puan Ida boleh tgk  di ----->>> Rahsia Puan Ida Kuruskan Badan

No comments:

Post a Comment