Kuruskan Badan 5kg Dalam 5 Minggu
Dipetik Dari Sumber :
Kevin Zahri
11-20: Senaman
Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu
mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman
yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.
- Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.
- Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan
anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa?
Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau
anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan? :)
- Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya
bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti
senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan
senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada
mereka yang mahir.