Perempuan Lebih Susah Untuk Kuruskan Badan Dari Lelaki
Jika anda perempuan yang sedang cuba untuk kuruskan badan, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu. Biasanya perempuan mengambil masa yang lebih panjang dari lelaki untuk kuruskan badan. Lebih-lebih lagi jika anda ada bayi atau baru sahaja melahirkan anak.Walaubagaimanapun masih ada cara untuk anda kaum perempuan untuk mempercepatkan kadar menurunkan berat badan. Untuk anda kaum Hawa, jangan risau, anda sebenarnya boleh menurunkan badan sama apa yang kaum Adam buat untuk membakar lebih banyak kalori dari apa yang anda makan. Nampak macam senang aje bukan!
Ianya mengambil sedikit masa dan sedikit pengorbanan untuk mengubah cara hidup anda. Jom saya tunjukan sedikit teknik untuk anda cuba menguruskan berat badan anda dengan berkesan.
a) Jadikan senaman sebagai rutin harian anda
Jangan panik. Apa yang perlu anda lakukan adalah pilih senaman yang anda benar-benar suka lakukan dan lakukan secara konsisten. Antara senaman asas untuk membakar kalori adalah senaman kardio, senaman strength dan fleksibel untuk membantu anda membakar kalori serta menjadikan tisu otot-otot anda lebih fleksibel.
b) Makan makanan yang mengandungi kadar kalori dan lemak yang rendah.
Bab makan memang ramai yang tewas. Saya pun begitu juga. Walaubagaimanapun anda mesti kuatkan semangat. Jika anda dah download 21 Teknik Rahsia Diet Berkesan ada saya sertakan jadual kalori dan lemak makanan untuk rujukan anda.
c) Kena sentiasa monitor .
Monitor disini bukan bermaksud anda kena tiap-tiap hari timbang berat badan anda. Yang penting adalah anda perlu ada diari pemakanan anda, diari senaman anda, ambik bacaan kemajuan pelan kurus anda dan uji keberkesanan program anda. (Untuk penjelasan lanjut anda boleh dapatkan buku tulisan Hafiz Wafa yang lengkap tetang pelan pembakaran lemak berkesan -->> Bakar Lemak Pantas)
d) Kena Konsisten
Konsisten adalah amat penting dalam memastikan anda berjaya untuk bakar lemak dengan pantas. Ianya tidak bermakan anda kena jadi robot. Cukup dengan memastikan ada sedikit kemajuan atau perubahan dalam aktiviti harian anda untun menuju kepada keberkesanan objektif kuruskan badan anda. Setiap hari kena ada aktiviti yang menjadikan target anda tercapai.
Saya berharap sedikit sebanyak ianya akan menjadi panduan serta motivasi untuk anda mencapai kejayaan dalam membakar lemak dengan pantas seiring untuk menjadikan badan anda cantii dan menawan. Yang penting dapat mencairkan suami anda, betul.
Semoga anda berjaya!
No comments:
Post a Comment