Perempuan Lebih Susah Untuk Kuruskan Badan Dari Lelaki
Jika anda perempuan yang sedang cuba untuk kuruskan badan, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu. Biasanya perempuan mengambil masa yang lebih panjang dari lelaki untuk kuruskan badan. Lebih-lebih lagi jika anda ada bayi atau baru sahaja melahirkan anak.Walaubagaimanapun masih ada cara untuk anda kaum perempuan untuk mempercepatkan kadar menurunkan berat badan. Untuk anda kaum Hawa, jangan risau, anda sebenarnya boleh menurunkan badan sama apa yang kaum Adam buat untuk membakar lebih banyak kalori dari apa yang anda makan. Nampak macam senang aje bukan!
Ianya mengambil sedikit masa dan sedikit pengorbanan untuk mengubah cara hidup anda. Jom saya tunjukan sedikit teknik untuk anda cuba menguruskan berat badan anda dengan berkesan.