Teknik bakar lemak pantas

Tuesday 22 July 2014

Sebelum Hari Raya : 5 Tip Bakar Lemak Pantas

5 Tip Bakar Lemak Pantas Untuk Pakai Baju Raya

Nak pakai baju raya dan kuruskan badan
Saya percaya membina lemak adalah jauh lebih mudah
dari membakar lemak. Anda pun mungkin setuju bukan?

Untuk membakar lemak, anda perlukan motivasi,
keinginan dan daya fokus yang tinggi serta konsisten.

Tanpa elemen ini, saya pasti anda sukar untuk
mengurangkan lemak-lemak yang ada dibadan anda malah ia
mungkin akan makin bertambah.

Tapi tak kan kita nak MENGALAH?

Saya dah jumpa ramai orang yang pada mulanya mereka gagal.
Namun mereka terus mencuba dan mencuba buat trial & error
akhirnya mereka berjaya menurunkan berat badan.

Sebenarnya CABARAN dan KEGAGALAN ini akan menguatkan lagi
semangat anda. Ia akan membuatkan anda terus konsisten
mengekalkan berat badan anda setelah berjaya kelak.

Oleh itu, saya nak share dengan anda 5 tip simple
supaya anda tahu macam mana nak membakar lemak dengan
sempurna. Mungkin ada antara anda pernah dengar tips ini,
namun tidak mengapa anggap sahaja ulangkaji ya
 ===>>> Bakar Lemak Pantas Sebelum Hari Raya 
 1) Lakukan senaman bebanan.

- Kebanyakan diantara kita lebih selesa dengan buat
latihan kardio spt berjogging sahaja. Tidak salah,
cuma masukkan sekali latihan bebanan dalam jadual
aktiviti anda.

Senaman bebanan dapat meransang pembentukkan otot
dibahagian atas badan anda (upper body). Otot2 anda
dikawasan tersebut akan makin sensitif terhadap insulin
dan seterusnya dapat mengelakkan pembentukkan lemak
terutama dikawasan 'belly'.

2) Jangan tinggalkan makan nasi

- Nasi penting untuk tenaga segera anda.

Nasi akan ditukar kepada glukosa. Kehadiran glukosa
akan menyebabkan insulin dirembeskan. Insulin akan bawa
glukosa kepada otot-otot anda. Sebab otot-otot anda perlukan
glukosa untuk membuat aktiviti seperti senaman bebanan.

Dan ia tidak dibawa ke sel lemak untuk ditukar kepada lemak.
Kerana anda memerlukan glukosa tersebut. Jika tak guna, barulah
ia dibawa ke sel lemak.

3) Diet rendah kalori.

- Kenapa perlu sekat selera makan anda? Tahu tak, badan anda
berhak untuk makan. Tak takut ke esok2 badan anda akan 'dakwa'
anda sebab sekat makanan berlebihan? hihi

Diet mesti memenuhi keperluan kalori seharian anda. Jangan
takut makan lebih kalori sedikit sebab anda akan menggunakan
kalori tersebut untuk latihan senaman anda.

Cuma makanan yang anda ambil mestilah berkualiti. Bukan makanan
merapu seperti jajan atau makanan yang tinggi minyak dan gula.
Fokus kepada 'clean food'...

4) Fokus kepada keperluan protein seharian anda.

- Ini jarang orang ambil berat.

Ada antara kita tak tahu pun berapa protein perlu kita ambil
sehari.

Protein sangat penting untuk kekalkan jisim otot anda.

Jika kurang protein, otot anda akan mengalami katabolisme.
Dimana ini adalah proses penguraian otot anda.

Satu konsep yang perlu anda faham adalah, lebih banyak otot
maka lebih tinggi metabolisma.

Untuk mengekalkan otot, lebih banyak tenaga diperlukan. Tenaga
ini diperolehi daripada pembakaran kalori.

Paling kurang jumlah protein yang perlu anda ambil sehari
adalah 0.8 - 1.0 gram protein per kg berat badan anda.

Sebagai contoh, berat badan anda 70kg. Maka protein yang
perlu diambil sehari adalah 70 gram.

5) Jangan bertangguh...

- Selalu jumpa orang yang suka bertangguh untuk melakukan
sesuatu terhadap kesihatan diri mereka.

Anda perlu ingat, usia kita semakin hari semakin meningkat.
Sistem badan kita pun tidak sama seperti tahun lepas. Jika kita
tidak mulakan sekarang, semakin susah untuk kita membakar lemak.

Mulakan azam baru, mula dari sekarang. Aktiviti 'scroll' down
di facebook tidak menjanjikan anda membakar lemak malah
masa anda terbuang begitu sahaja

Sekian saja tips biasa-biasa saya untuk anda
yang nak membakar lemak yang lebih2 kat badan tu.

Semoga bermanfaat

p/s: Anda serius nak membakar lemak dengan pantas?
Anda boleh dapatkan disini Ebook Terkini
Membakar Lemak Dengan Pantas & Berkesan:
 
 ===>>> Bakar Lemak Pantas Sebelum Hari Raya

No comments:

Post a Comment