Teknik bakar lemak pantas

Thursday 21 August 2014

Buang 7 Makanan, Turunkan Berat Badan 7 Paun, Dalam Masa 7 Hari

Tahukah Anda Tanpa 7 Makanan Ini, Anda Dapat Turunkan Berat Badan Sebanyak 7 Paun Dalam Masa 7 Hari.


Anda rasa sudah melakukan segala macam cara dan teknik yang betul untuk menurunkan berat badan. tetapi masih tidak berjaya bahkan berat badan anda makin bertambah. Setelah bermacam-macam produk, teknik dan strategi dicuba , masih tidak berjaya menurunkan berat badan. Anda rasa stress. Hampir putus asa dan menyalahkan produk dan teknik yang diajar dari buku atau majalah yang anda beli. Betul?

Ianya bukan salah anda. Anda tidak bersalah. Anda sebenarnya mempunyai badan yang menghalang menjadi kurus. Sebab utama badan menghalang anda dari mejadi kurus disebabkan oleh kesesuaian makanan, tindakbalas  negative kepada makanan tertentu yang boleh menyebabkan pelbagai gejala negatif seperti menurunkan berat badan. Diet yang anda amalkan mungkin menjadi penyebab kepada susahnya berat badan anda turun.

Beberapa orang doktor terkenal ada membuat kajian.  Menurut kajian mereka , ada yang berjaya menurunkan berat badan dengan efektif stelah mencuba beberapa lama dengan tidak menyertakan makanan tertentu dalam amalan diet mereka. Sebelum ini mereka sentiasa berasa letih dan kembung perut. Setelah tidak memakan makanan tertentu dalam amalan diet mereka, mereka kehilangan 5 hingga 7 paun pada minggu pertama dan berat badan mereka terus menurun.

Saya sarankan anda mencuba petua ini dan lihat adakah ianya berkesan dan dapat menurunkan berat badan anda dengan lebih efektif.. Apa yang perlu anda lakukan adalah buang 7 makanan dalam amalan diet anda dalam masa 7 hari sahaja dan lihat keberkesananya.
 
Gluten
Banyak terdapat dalam gandum. Mengapa? Ia mencetuskan pembebasan protin dipanggil zonulin yang melonggarkan persimpangan ketat usus kecil anda dan menjadikan ianya lebih telap. Ini membolehkan zarah untuk keluar melaluinya dan mewujudkan tindak balas imun dan keradangan.
 
Soya
Mengapa? Kebanyakan soya diubah secara genetk dan banyak disembur dengan racun perosak. Soya juga boleh mengganggu fungsi tiroid dan kerosakan usus.
 
Telur
Mengapa? Ada juga yang alergi dengan telur. Telur mempunyai kandungan asid pro radang arakidonik yang tinggi.

Tenusu
Mengapa? Susu mempunyai kandungan laktosa yang tinggi, sejenis gula yang boleh mewujudkan rintangan insulin dan ketidakseimbangan. Kajian menunjukan tenusu juga boleh mencetuskan atau memburukan lagi jerawat dan keadaan kulit. Ramai yang menggunakan produk tenusu untuk menguatkan tulang mereka. Menurut kajian penggunaan tenusu yang paling tinggi juga mempunyai osteporosis dalam kadar yang tinggi. Kacang, biji benih dan sayur-sayuran berdaun menyediakan kalsium dan juga boleh menjadikan tulang anda kuat dan yang paling penting tiada tindakbalas yang memudaratkan.
 
Kacang
Mengapa? Sebenarnya kekacang, kacang tanah terdedah kepada acuan dan kulat jahat yang dipanggil aflatoksin. Asid lemak mereka tidak bermanafaat. Kebanyakan mentega jenama kacang mempunyai lemak dan fruktosa jagung sirap yang tinggi. Yang terbaik adalah badam.

Jagung
Mengapa? Boleh menyebabkan radang, glisemik da kebanyakan ianya diubasuai genetk.

Gula / Pemanis Tiruan
Mengapa? Semua oang tahu keburukan dan kebaikan gula. Gula mempunyai banyak masalah jika tidak dikawal lebih-lebih lagi pemanis tiruan. Ianya boleh menyebabkan tindak balas insulin. Kajian menunjukan orang yang minum soda diet  sebenarnya lagi menambah berat badan dari oarng yang minum soda biasa.

Untuk benar-benar memberi kesan kepada amalan diet anda , perlu untuk anda mengeluarkan 7 makanan ini dari amalan diet anda untuk 3 minggu supaya nampak manafaatnya. 

Saya doakan anda berjaya dalam mencapai cita-cita anda untuk kuruskan badan . Selamat mencuba dan semoga berjaya.
 
p.s Untuk teknik pembakaran lemak yang pantas anda boleh dapatkan ebook yang tengah meletup sekarang ini yang ditulis oleh Hafis Wasa dibawah :
 


No comments:

Post a Comment