Teknik bakar lemak pantas

Tuesday 15 December 2015

5 Tips Untuk "Stay Slim" Selepas Bersalin




 Petua kuruskan badan selepas bersalin
 Gemuk selepas bersalin seolah-olah satu mimpi ngeri dalam kehidupan seorang wanita bergelar ibu. Lemak dan otot kendur selepas melahirkan akan menghasilkan postur tubuh yang tidak lagi cantik sepertimana sebelum mengandung. Pakaian yang biasa dipakai ketika sebelum mengandung menjadi ketat dan sendat, pastinya semangat untuk mula bekerja menjadi sangat lemah untuk kembali ke alam pekerjaan bagi mereka yang bekerjaya. Bagi yang tidak bekerja juga akan merasa rendah diri dengan suami dan anak-anak. Impian untuk kembali mendapatkan tubuh yang langsing memang tertanam di sanubari, tetapi bagaimana untuk mencapai impian tersebut

1.        Menyusu anak dengan susu badan

Tips ini akan selalu anda dengar di klinik-klinik kerajaan apabila membawa anak untuk pemeriksaan ataupun mendapatkan suntikan vaksin. Doktor dan jururawat akan menasihatkan anda untuk memberi susu badan secara ekslusif kepada anak untuk memastikan anak mendapatkan zat yang mencukupi dalam kandungan susu badan. Selain itu juga, menyusukan anak dapat membantu untuk meningkatkan kadar metabolism bada ibu sekaligus menjadikan ibu susah untuk gemuk walaupun makan dengan banyak untuk menyusu. Walau bagaimanapun si ibu perlulah memastikan kandungan zat dan nutrisi makanan yang di makan kerana zat dan nutrisi tersebut akan tersalur kepada bayi ketika menyusu.
 
2.        Bertungku
 
Jangan ambil mudah tentang bertungku. Bertungkulah setiap pagi dan malam selama tempoh berpantang untuk memastikan badan anda sihat dan segar selepas bersalin. Kaedah tradisional ini mampu memecahkan darah beku dan lemak dan mengurangkan bengkak perut selepas proses bersalin.

3. Detoksifikasi  

Perut adalah bahagian yang menjadi kegemaran lebihan toksin dalam badan untuk berkumpul. Masalah penghadaman bermula dari perut yang banyak toksin ini dan seterusnya mengakibatkan lebihan makanan dan lemak terhasil. Proses detoksifikasi perlu dilakukan dari masa ke semasa dan apabila perlu bagi membantu mengurangkan toksin dalam tubuh kita terutamanya perut supaya selesa dan tidak buncit.

4  4.    Banyakkan bergerak

Bersenam selepas bersalin memang tidak digalakkan kerana urat dan otot badan masih lemah selepas proses kelahiran. Untuk memastikan perjalanan darah lancar, anda digalakkan untuk banyakkan pergerakkan. Contohnya berjalan mendukung anak di halaman rumah sambal menghirup udara segar, membasuh botol susu, menukar pakaian bayi dan pergerakan-pergerakan mudah yang lain.

   5. Banyakkan makanan berserat tinggi
 
Makanan yang kaya dengan serat boleh membantu sistem perkumuhan badan.  Makanan yang berserat tinggi lseperti bijirin, buah-buahan segar dan sayur-sayuran adalah sangat digalakkan untuk ibu-ibu dalam berpantang .






No comments:

Post a Comment