Teknik bakar lemak pantas

Tuesday 8 December 2015

Kenapa Perlu Detox?

Nak Cepat Kurus? Baca Artikel Ni.


Rahsia kuruskan badan dengan cepat dan berkesan

Detoksifikasi atau detox adalah satu proses menyingkirkan bendasing di dalam tubuh badan yang mengganggu kesejahteraan organ dan sel-sel dalam badan. Dalam usia bumi yang semakin tua, kehidupan kita sentiasa terdedah kepada toksin yang akan mengganggu proses organ badan seperti jantung, hati, otak dan sebagainya serta menyebabkan kulit menjadi kusam, jerawat. Bendasing yang dikenali sebagai toksin ini menyerap masuk ke dalam tubuh badan melalui pemakanan yang mengandungi bahan kimia dan pengawet atau melalui pencemaran air serta udara. 

Rahsia Diet Berkesan. Pelan Tindakan.

Proses detox mampu membantu mengeluarkan toksin, memberikan nutrisi dan khasiat untuk tubuh, dan boleh mengelakkan jangkitan kuman serta dapat mengekalkan kesihatan dengan meningkatkan keupayaan tubuh badan.

Pencemaran dan peresapan toksin ke dalam badan akan membawa kepada penyakit kronik seperti masalah otak, jantung, kanser dan sebagainya. Proses detox membantu untuk menyingkirkan bahan-bahan tidak perlu di dalam badan untuk mengekalkan kesihatan tubuh. Ia juga membantu untuk melancarkan sistem badan yang kompleks idan dapat mengelak daripada jangkitan dan juga mencegah daripada sebarang penyakit.

Salah satu sebab mengapa anda susah untuk menurunkan berat badan adalah kerana kandungan toksin yang tinggi di dalam badan telah merencatkan sistem badan dan ini membuatkan berat seseorang itu terus-terusan meningkat walaupun telah mengawal jumlah dan kualiti makanan. Ini akan mengundang pelbagai jenis penyakit seperti jantung, strok dan obesiti.

Jika kehidupan anda sering terganggu seperti stress, susah untuk tidur dan sering dikunjungi penyakit seperti selsema, batuk dan migraine, ini bermakna sistem badan telah terganggu kerana kandungan toksin didalam badan telah mengganggu proses sistem tubuh.

Stamina tubuh amat penting untuk aktiviti harian manusia. Detox juga dapat membantu meningkatkan stamina dan kecergasan seseorang dengan memastikan system badan berfungsi dengan baik dan meningkatkan kesihatan sekaligus dapat memberi aura positif kepada kehidupan harian.

Proses detox yang paling baik adalah dengan menjaga pemakanan harian. Elakkan makan di luar dan rajin-rajinkan lah diri untuk memasak di rumah untuk kesihatan keluarga tersayang. Celery, kobis ungu, brokoli, salad, tomato dan lobak adalah antara sayur-sayuran yang boleh dimasak untuk membantu proses detox. Setengah jam sebelum makan makanan berat cubalah amalkan buah-buah citrus seperti epal hijau, nenas, lemon, oren, dan pear.







No comments:

Post a Comment