Kuruskan Badan Guna Kuasa Minda
Saya kagum dengan Pn Aniz. Cerita beliau amat memberi kesan kepada saya. Hanya dengan teknik kuasa minda beliau berjaya kuruskan badan dari 70kg kepada kepada 62 kg. Kita ikuti cerita beliau :
Kali pertama mendengar perkara ini, sudah pastinya
membuatkan anda berasa pelik dan ragu-ragu! Tetapi, biar saya ceritakan
kepada anda serba sedikit pengalaman saya.
Semuanya bermula pada tahun 2000,
selepas saya melahirkan anak saya yang pertama. Dari berat badan 46kg,
kini, berat saya menjadi 70kg. Ianya bukan sahaja menyakitkan mata,
tetapi, turut menganggu kestabilan emosi dan keyakinan dalam diri saya.
Jesteru itu, saya mula mencuba
pelbagai produk pelangsingan yang terdapat di pasaran. Sebutlah apa
sahaja produk pelangsingan, semuanya telah saya cuba. Namun, tiada satu
pun yang menampakkan hasil. Hinggalah pada suatu hari, saya
diperkenalkan oleh rakan kepada satu pusat rawatan pelangsingan badan.
Alhamdullilah, saya berjaya menurunkan berat badan dari 70kg kepada
62kg. Ianya mengambil masa hampir 2 tahun. Ya! 2 Tahun untuk penurunan
sebanyak 8kg. Ianya agak lama..