Teknik bakar lemak pantas

Sunday 19 January 2014

Cerita Pn Aniz : Gunakan Kuasa Minda Untuk Kurus

Kuruskan Badan Guna Kuasa Minda

Saya kagum dengan Pn Aniz. Cerita beliau amat memberi kesan kepada saya. Hanya dengan teknik kuasa minda beliau berjaya kuruskan badan dari 70kg kepada kepada 62 kg. Kita ikuti cerita beliau :

Kali pertama mendengar perkara ini, sudah pastinya membuatkan anda berasa pelik dan ragu-ragu! Tetapi, biar saya ceritakan kepada anda serba sedikit pengalaman saya.

Semuanya bermula pada tahun 2000, selepas saya melahirkan anak saya yang pertama. Dari berat badan 46kg, kini, berat saya menjadi 70kg. Ianya bukan sahaja menyakitkan mata, tetapi, turut menganggu kestabilan emosi dan keyakinan dalam diri saya.


Jesteru itu, saya mula mencuba pelbagai produk pelangsingan yang terdapat di pasaran. Sebutlah apa sahaja produk pelangsingan, semuanya telah saya cuba. Namun, tiada satu pun yang menampakkan hasil. Hinggalah pada suatu hari, saya diperkenalkan oleh rakan kepada satu pusat rawatan pelangsingan badan. Alhamdullilah, saya berjaya menurunkan berat badan dari 70kg kepada 62kg. Ianya mengambil masa hampir 2 tahun. Ya! 2 Tahun untuk penurunan sebanyak 8kg. Ianya agak lama..


Selepas itu, berat badan saya kekal disitu, rawatan di pusat pelangsingan badan sudah tidak lagi memberikan kesan dalam penurunan badan saya. Lebih-lebih lagi, saya sudah mula sibuk dengan karenah anak-anak serta pengajian sarjana yang saya ambil. Ia menyebabkan segala jadual pemakanan serta senaman yang dicadangkan oleh pusat rawatan pelangsingan tersebut tidak dapat saya ikuti lagi dengan teratur. Perkara ini telah menyebabkan kesan negatif kepada diri saya dimana, saya disahkan menghadapi masalah tekanan darah tinggi serta kitaran haid yang tidak teratur.


Bermula dari saat itu, ianya memberikan saya satu tekanan untuk mencari alternatif dan jalan penyelesaian yang lebih mudah, lebih menjimatkan kos dan paling penting, tidak memberikan kesan sampingan.


Akhirnya, saya temui jalan penyelesaian tersebut, ianya adalah menerusi kaedah rawatan secara alami, iaitu menggunakan kuasa minda serta perawatan islam. 


Saya telah mencuba sendiri teknik perawatan ini, alhamdulilah... dalam masa 3 bulan, berat badan saya telah turun sebanyak 7kg. Apa yang lebih seronok, ianya adalah PERCUMA!, tidak perlu membeli dan menggunakan sebarang ubat-ubatan yang berbahaya yang boleh menyebabkan kesan sampingan seperti kanser dan sebagainya.

Hebat bukan? Untuk pengetahuan anda Pn Aniz ada menulis ebook cara-cara yang beliau gunakan untuk berjaya kuruskan badan dengan kuasa minda.
Untuk mengetahui lebih lanjut rahsia teknik beliau anda boleh dapatkan di bawah :


Setiap ilmu hendaklah diamalkan dan di kongsi untuk mendapat keberkesananya.

Selamat mencuba ya.




No comments:

Post a Comment