Teknik bakar lemak pantas

Showing posts with label Tip turunkan berat badan ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Tip turunkan berat badan ramadhan. Show all posts

Monday, 22 June 2015

Jangan Bukak Puasa Dengan Lambakan Makanan Kerana Berat Badan Anda Akan Naik.

Berat Badan Sepatutnya Turun, Mungkin Boleh Naik Mendadak.

Tip kurus dan siht di bulan ramadhan

 

Waktu berbuka puasa adalah cabaran bagi anda untuk mengawal makanan. Jadi kalau anda tidak kawal nafsu makanan anda semasa berbuka puasa berat badan mungkin naik mendadak berbanding bulan biasa. Makanan yang anda beli dan pilih untuk berbuka puasa dan sahur mungkin memberi kesan pada program  bakar lemak anda.

Dr Razeen  Mahroof, pakar bius di Universiti Oxford menyatakan makan tanpa kawalan pada waktu berbuka puasa adalah langkah tidak sihat. Dia mencadangkan anda perlu disiplin semasa bulan puasa atau akibatnya peluang anda untuk kuruskan badan , bakar lemak dan sihat mungkin tidak menjdi kenyataan.

Yang paling penting kena faham mesej Ramadhan itu sendiri iaitu :

" Berdisiplin dan menahan nafsu ".