Rasulullah S.A.W
dikatakan tidak mempunyai lemak perut dengan kata lain boroi walaupun
umur mencecah 63 tahun. Baginda berkata
bahawa obesity adalah punca segala penyakit.
Pendapat baginda sepakat di persetujui oleh pakar perubatan moden. Islam
telah menyediakan penyelesaian dalam menangani apa masalah dan ini termasuklah
macamana nak kurangkan berat badan. Anda hanya perlu ikut sunnah Rasulullah …
Berapa banyak nak makan?
Rasulullah S.A.W telah berkata bahawa perkara terburuk yang
dibuat oleh anak Adam adalah mengisi perut. Rasulullah S.A.W telah mencadangkan
kepada kita bahawa kita hanya perlu makan apabila lapar dan jangan sampai
kenyang. Syukur Alhamdulillah Rasulullah tidak meninggalkan kita dalam
kesamaran tetapi telah memberitahu berapa banyak yang kita perlu makan, dan
berapa kurang yang perlu kita ambil. Perut mempunyai satu liter cecair, ini
bermaksud berapa banyak yang kita kena
makan makanan yang mengandungi air hendaklah lebih kurang 333ml!!.
Berapa kali nak makan?
Macamana caranya nak makan?
Rasulullah S.A.W
telah berkata tentang cara duduk ketika makan “ Aku hanya duduk seperti
hamba duduk dan makan seperti hamba makan”. Rasulullah S.A.W duduk diatas
lantai ketika makan dan mengingatkan supaya tidak makan sambil bersandar atau
ada penyokong diantara badan. Ini adalah kehebatan apa yang dikatakan oleh
Baginda kita, apabila kita makan sambil bersandar , otot dada dan belakang akan selesa dan relaks dan
ini memberi kesan kepada postur badan
dan makanan yang ditelan. Posisi duduk ini adalah salah satu tanda
rendah diri dan pengingatan kita kepada Allah yang memberi kita rezeki.
Rasulullah S.A.W makan dengan 3 jari, ibu jari, jari
telunjuk dan jari tengah. Ini adalah untuk memastikan kita makan dengan kuantiti
yang sedikit untuk menolong kita mengunyah secara sempurna menolong untuk
mencernakan disamping mengelakan kita dari tercekik. Ianya juga dapat menolong
kita mengetahui adakah makan itu panas atau tidak. Ada sebab yang jelas mengapa kita dilarang
unutk mengambil makanan yang terlalu panas.
Diharap anda semua dapat manafaat dari penulisan saya yang
tak seberapa ini.
P.S Jangan lupa download 6 strategi mudah untuk anda praktikan dalam memastikan anda sihat dan kurus di 6 STRATEGI MUDAH
Info yang berguna =)
ReplyDelete