Teknik bakar lemak pantas

Wednesday 17 April 2013

Berapa laju nak jalan ...

Sebelum kita pergi ke fasa kedua, saya pasti anda telah pun membaca post pertama saya. Anda kena bermula secara ringan - ringan dulu. Ini untuk memastikan anda tidak cedera atau pun penat. Anda dah baca tentang senaman berjalan, persoalannya sekarang berapa laju nak jalan?

Anda hendaklah berjalan dengan kelajuan yang :

  1. Membolehkan anda bernafas dengan tenang
  2. Membolehkan anda berbual dengan pasangan anda atau kawan
  3. Tidak semput
Kalau anda bermula dengan perlahan dan degupan jantung anda pun berdegup perlahan, anda tak perlu risau. Matlamat pertama anda adalah supaya 30 - 60 minit sehari tanpa cedera. Kita akan tambah kelajuan kemudian. Yang penting anda konsisten dengan berjalan sebelum anda mula berjalan laju.



 Objektif degupan jantung untuk menjadikan anda sihat adalah 50 - 60 % untuk kadar degupan jantung maksima. Kalau anda rasa susah, bolehlah bermula dengan perlahan - lahan dan ambil masa untuk menambah kelajuan anda dari mas ke semasa.

Anda dicadangkan untuk menambah kelajuan dengan kadar 10% setiap minggu supaya ianya tidak lah terlalu mendadak.

Semoga anda sihat dan suksess.

p.s Kalau berminat nak kurus secara holistik jangan lupa baca Kuruskan badan cara holistik
p.s.s Jangan lupa download 6 strategi mudah percuma di Download Percuma

No comments:

Post a Comment