Teknik bakar lemak pantas

Showing posts with label kuruskan badan. Show all posts
Showing posts with label kuruskan badan. Show all posts

Monday 22 July 2013

Memang Best Kalau Boleh Kuruskan Badan Tanpa Produk.

Teknik Kuruskan Badan Tanpa Produk

Kurus Badan Cepat
Sejak kebelakangan ini ramai yang mengatakan minum jus X dapat turunkan berat badan. Minum jenama Y dapat turunkan berat badan dengan cepat.

Tahukah anda, jika betul-betul jus minuman yang sedemikian maka tiadalah masyarakat obesiiti.

Itu semua propaganda. Jika kita lihat produk demikian lebih kepada MLM iaitu produk multilevel marketing.

Wednesday 3 July 2013

Seronok Dr Johannas Berjaya Kuruskan Badan, Nak Kahwin Punya Pasal

Dr Johannas Berjaya Kuruskan Badan Sebelum Kahwin

Rakan saya iaitu Dr Johannas berjaya menurunkan berat badan
hampir 20kg sebelum tarikh pernikahannya.
Berjaya Kuruskan Badan Tanpa Berlapar
Berjaya Kuruskan Badan
Sebenarnya, tiada yang mustahil untuk kita menurunkan berta badan tanpa sebarang produk pelangsingan.

Wednesday 17 April 2013

Berapa laju nak jalan ...

Sebelum kita pergi ke fasa kedua, saya pasti anda telah pun membaca post pertama saya. Anda kena bermula secara ringan - ringan dulu. Ini untuk memastikan anda tidak cedera atau pun penat. Anda dah baca tentang senaman berjalan, persoalannya sekarang berapa laju nak jalan?

Anda hendaklah berjalan dengan kelajuan yang :

  1. Membolehkan anda bernafas dengan tenang
  2. Membolehkan anda berbual dengan pasangan anda atau kawan
  3. Tidak semput
Kalau anda bermula dengan perlahan dan degupan jantung anda pun berdegup perlahan, anda tak perlu risau. Matlamat pertama anda adalah supaya 30 - 60 minit sehari tanpa cedera. Kita akan tambah kelajuan kemudian. Yang penting anda konsisten dengan berjalan sebelum anda mula berjalan laju.


Sunday 14 April 2013

Kalau malas nak berat2 , ringan-ringan pun boleh.

Saya nak buat jadual untuk anda. Anda mungkin malas nak bersenam atau tak de masa. Jangan risau anda masih boleh sihat dan kurus jika amalkan apa yang nak saya kongsi ni. Perkara pertama yang anda kena buat adalah tetapkan matlamat anda. 

Letakan matlamat anda :

 A) " Saya nak berjalan 30 minit sehari atau 3 jam seminggu untuk mengurangkan risiko sakit jantung." 

B) " Saya nak berjalan 7 jam seminggu untuk mengurangkan risiko kanser payudara dan diabetes tahap dua." 

Saya cadangkan bermula dengan i jam sehari sekurangnya 3 kali seminggu sebagai permulaan. Anda kena mula membuat journal atau track rekod jadual senaman anda teratur.