Teknik bakar lemak pantas

Monday 22 July 2013

Kuruskan Badan Dengan Alpha Lipid, Tak Berjaya Pun.

Masih Gagal Kuruskan Badan Dengan Alpha Lipid

Kuruskan Badan Dengan Pantas
Ramai dah yang mengeluh. Bermacam - macam cara dah cuba nak kuruskan badan. Masih tak berjaya. Bermacam - macam produk dah cuba, yang terbaru cuba Alpha Lipid, masih juga tak berjaya. Indah kabar dari rupa. Badan masih macam tu. Ingat boleh lah kuruskan badan sebelum raya, tapi hampeh.

Anda juga mungkin mengalami masalah yang sama. Bermacam - macam produk kuruskan badan dah guna tapi masih belum berjaya. 

Sebenarnya jika anda fikir balik bukan produk yang bermasalah. Mungkin juga ada produk yang tak bagus, tetapi kebanyakanya adalah anda sendiri. Paling penting untuk buat sesuatu anda kena letakan matlamat.

"Saya Nak Kurus Dalam Masa 6 Bulan". Ini adalah matlamat yang anda kena letak. Setelah itu anda kena buat pelan tindakan. Jika anda beli Alpha Lipid, ianya disertakan sekali dengan pelan tindakan, begitu juga dengan produk kuruskan badan yang lain.

Menurut sahabat saya Hafiz Waza yang merupakan penulis Bakar Lemak Pantas ,

"Saya akui melaksanakan dan merealisasikan sesuatu perkara amat sukar. Ia memerlukan semangat dan motivasi yang cukup tinggi. Jadi disini saya ingin menyuruh anda tetapkan matlamat anda yang jelas. 

Anda perlu visualisasikan matlamat itu supaya anda sentiasa terdorong untuk memilikinya. Sebagai contoh, anda ingin hilangkan lemak 10kg. Jadi visualisasikan matlamat anda itu dengan keadaan anda apabila berat badan anda hilang 10kg. 

Cuba bayangkan dengan susuk badan anda ketika itu yang semakin menarik dan ia dapat menambah keyakinan anda berhadapan dengan orang ramai."

Apa jua yang anda lakukan bukan sahaja nak kuruskan badan, kena letakan matlamat dan pelan tindakan. Matlamat dan pelan tindakan hendaklah bertulis, bukan tulis dalam kepala sahaja.
Saya berharap anda berjaya mencapai matlamat anda dan juga menjadi kurus dan cantik menawan sebelum raya nanti ya. Selamat kuruskan badan dan berpuasa.

No comments:

Post a Comment