Teknik bakar lemak pantas

Friday, 7 February 2014

Tip Dari Rasulullah, Mandi Pagi Boleh Kurus?

Petua Untuk Sihat Dari Rasulullah

Teknik Kuruskan Badan Berkesan
Sebelum subuh sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik elok sangat mandi. Badan yang banyak lemak akan berkurang apabila air sejuk meresap kedalam badan anda. Nak best lagi kalau rumah anda ada perigi, nah mandi saja air perigi. Memang menggeletar tapi badan segar. Kebanyakan orang yang mandi awal pagi sebelum subuh badan tidak gemuk.

Setiap pagi selepas bangun tidur, amalkan minum air sejuk satu gelas. Tak payah basuh muka dengan gosok gigi. Minum aje terus. Minum jangan terus telan tapi kemam dulu air tu baru telan. Yang terbaik malam sebelum tidur anda simpan satu gelas dalam bilik kemudian tutup air tu takut lipas ke cicak masuk. Insyaallah jauh dari penyakit dan susah sakit.


Masa sembahyang subuh disunatkan kita sujud bertafakur sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa. Insyaalah boleh mengelakan sakit pening atau migrain. Kajian para saintis telah membuktikan kenapa dalam sehari anda perlu sujud. Ianya terdapat ruang udara dalam saluran darah dikepala yang tidak dipenuhi darah, oleh dengan sujud dapat menagalirkan darah ke ruang berkenaan.

Nabi pernah menegah kita makan makanan bercampur dengan darat dan laut. Ianya takut cepat mendapat penyakit. Para saintis  mengkaji bahawa ayam menagunding ion positif manakala ikan ion negatif. Jika makan ayam bercampur dengan ikan akan terjadi tindak balas biokimia yang boleh merosakan usus.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan jilat jari bila habis makan. Enzim banyak terkandung dicelah jari iaitu 10 kali ganda dari terdapat dalam air liur.

Walaubagaimanapun saya doakan anda untuk sentiasa sihat dan berjaya memenuhi keazaman untun tampil sihat dan langsing.  Satu lagi saya nak pesan pada anda, walau banyak hikmah yang diajar oleh Rasulullah, ianya adalah kebaikan kita semua selaku umat Rasulullah, tapi hendaklah kita membuat amalan dan ibadah hanya keran mencari keredhaan Allah bukan nak kurs saje ya. Takut jadi lain pulak niatnya.

Saya juga ada menyediakan panduan 21 Rahsia Teknik Diet Berkesan untuk anda download sebagai hadia melayari blog ni .Semoga sedikti sebanyak dapat membantu anda untuk tampil langsing jika anda ada masalah berat badan. Anda boleh download segera dibawah :

Rahsia Diet Berkesan 

Selamat beramal.

2 comments: