Teknik bakar lemak pantas

Monday 11 May 2015

Minum 9 Hingga 10 Gelas Sehari

Pelan Tindakan 6 : Amalkan Untuk Sihat Dan Kurus.

Petua kuruskan badan 6kg dalam masa 3 bulan
Setiap perkara atau kerja yang anda lakukan perlu tenaga. Jika anda sentisa dalam keadaan letih, bosan dan tidak bersemangat, macamana anda nak capai matlamat anda untuk kuruskan badan anda. Dalam pelan tindakan 6 kg dalam masa 3 bulan, adalah penting untuk anda minum air sekurang-kurangnya 9 hingga 10 gelas sehari.

Ianya adalah amalan yang sangat baik. Minum air kosong bukan sahaja memberi tenaga tapi juga menyihatkan badan anda. Motivasi memerlukan anda tenaga. Dengan adanya tenaga anda dapat mengharungi cabaran yang datang untuk gagalkan matlamat anda untuk kuruskan badan.

Jika anda betul-betul nak kuruskan badan , adalah sangat penting untuk anda amalkan minum air 9 hingga 10 gelas sehari sekurang - kurangnya. Jom kita lihat kebaikanya :

  1. Hanya dengan 1-2% kehilangan air atau hidrasi boleh mengurangkan ketajaman pemikiran anda sebanyak 30%. Jadi jika anda tidak bleh berfikir, tentu sekali anda tidak ada motivasi diri dalam mencapai matlamat anda untuk kuruskan badan.
  2. Minum air adalah satu cara untuk anda berasa kenyang jika anda tidak mahu makan banyak.
  3. 1 hingga 2 gelas anda minum 10 minit sebelum makan adalah salah satu cara terbaik untuk mengawal nafsu makan anda dan mengawal saiz hidangan anda.
  4. Kekal hidrat akan meningkatkan tenaga anda dan kesihatan anda untuk membolehkan anda melakukan pelan tindakan untuk kurangkan berat badan anda.
Ini adalah beberapa kelebihan atau faedah untuk anda mengamalkan amalan ini. Jadi jangan tangguh lagi. Bermula sekarang untuk mencapai matlamat anda turunkan berat badan anda 6kg dalam masa 3 bulan.

Yang belum download pelan tindakan 6kg dalam masa 3 bulan boleh download segera dibawah :

6kg berat badan turun dalam masa 3 bulan

Selamat mencuba.



No comments:

Post a Comment