Teknik bakar lemak pantas

Monday 2 November 2015

10 SEBAB KENAPA ANDA PERLU BUAT SQUAT



kelebihan squat
Jika anda terlalu sibuk, tiada masa untuk ke gym atau fitness centre, tetapi ingin menjaga kesihatan dan kecergasan tubuh supaya tampil ‘fit’ dan seksi, squat adalah pilihan yang paling sesuai. Selain daripada menjimatkan masa dan pelaburan yang rendah kerana boleh dilakukan di rumah, squat menyenaraikan banyak faedah dan kesan positif kepada diri seseorang.


1.      Merupakan latihan menyeluruh dalam membina dan meningkatkan kekuatan otot

Latihan yang mudah ini mampu menjana pembinaan otot dan menjadikan bahagian peha, pinggul dan belakang bahu badan anda lebih pejal (kata orang kampung seperti saya – tidak menggelebeh). Lebih baik mempunyai 2 kg otot daripada 2 kg lemak di peha anda bukan? Oleh itu jangan culas merutinkan squat untuk  menukarkan lemak di peha anda kepada otot.


2     Membakar lemak dengan pergerakan minima dan meringankan beban pada lutut

Anda mampu  membakar sekurang-kurangnya 200 kalori pada setiap latihan yang betul selama 15 minit. Squat melatih peha untuk menerima beban dari lutut yang mempunyai lebih sedikit otot berbanding peha setelah ia bertukar menjadi otot daripada lemak. Oleh yang demikian otot peha akan bekerja lebih dan dapat merehatkan lutut dan menghindari daripada kecederaan lutut yang merbahaya. Sila bayangkan kalori yang terdapat dalam roti canai yang anda sarapan pada waktu pagi telah dapat dibakar dengan melakukan squat selama 15 minit!

3    Meningkatkan keseimbangan dan kekuatan tubuh
Squat melatih bahagian bawah badan menjadi kuat dan ‘solid’ sekaligus menjadikan badan lebih seimbang dan membina kekuatan tubuh. Anda akan dapat melihat kesan ini pada usia menjengah tua bilamana ligamen lutut sudah kekurangan pelincir untuk menampung berat badan. Walaupun sedikit, kesan ini tetap diterima dan diambil serius oleh mereka yang prihatin dengan kesihatan.

4      Menjana bentuk kaki dan pinggul yang cantik dan menarik
Samada anda lelaki atau perempuan, keinginan untuk tampil cantik dan menawan adalah perkara biasa dan tidak perlu dinafikan. Latihan squat akan memberikan anda bentuk kaki dan pinggul yang anda idamkan. 
 
5   Meningkatkan metabolisme tubuh
Anabolik adalah suatu fasa dimana tubuh memperbaiki dan mengembangkan sel-sel dari proses metabolisme. Latihan squat mampu membina bentuk/trend anabolik untuk membangunkan otot, meningkatkan pelepasan hormon testosterone (bagi lelaki) dan hormon pertumbuhan untuk membentuk otot yang pejal sekaligus meningkatkan metabolisme glukosa dan lemak dan menjaga sensitiviti percikan hormon insulin supaya dapat melindungi tubuh daripada diabetis serta dapat mengelakkan obesiti.

1.            6    Meningkatkan kecekapan pengaliran darah
Latihan squat juga membuatkan jantung bekerja secara cekap dengan meningkatkan jumlah darah yang dipam ke seluruh tubuh. Dengan jantung yang lebih banyak mengepam darah, lebih banyak oksigen yang dapat dihantar ke otot dan seluruh tubuh. 

1.            7    Meningkatkan fleksibiliti tubuh
Posisi squat iaitu dengan berdiri dan mencangkung  dengan lutut yang sama paras dengan hujung jari kaki dan badan yang tegak yang berulang ini mampu meningkatkan fleksibiliti tubuh. Jika anda tidak percaya, sila uji diri anda sendiri untuk satu postur yang anda tidak mampu lakukan sekarang, contohnya duduk dengan melunjurkan kaki ke hadapan, cuba untuk sentuh jari kaki dengan tangan. Hari pertama anda melakukan squat cuba kira jarak capaian, dan lihat perubahannya pada hari kesepuluh anda melakukan squat. 

1.            8.  Memudahkan aktiviti dan kerja harian yang melibatkan penggunaan otot
Aktiviti dan kerja harian anda akan menjadi lebih mudah dan senang. Mengubah perabot di dalam rumah dan mengangkat barang-barang dapur yang dibeli dari pasaraya dari kereta merupakan kerja yang sangat senang dan mudah kerana otot anda sudah terbiasa dengan latihan squat. Tips untuk meningkatkan kecekapan otot, anda boleh squat dengan memegang beban untuk melatih otot menerima beban yang lebih dari tubuh. Walau bagaimanapun anda dinasihatkan berhati-hati dengan beban tambahan yang mungkin akan mendatangkan kecederaan jika tidak dilakukan dengan teknik yang betul 


1.            9.  Meningkatkan Kekuatan
Sepanjang mencangkung dan berdiri untuk squat, otot-otot utama anda terpaksa bekerja lebih keras untuk memastikan tubuh anda tegak dan untuk menyokong belakang anda (seperti saya nyatakan tadi, posisi squat yang betul adalah mencangkung dengan paras lutut sama dengan jari kaki dan  badan berada dalam keadaan tegak). Ini akan meningkatkan kekuatan teras anda secara keseluruhan dengan meningkatkan kekuatan dan prestasi latihan kompaun lain. Squat juga melindungi bahagian belakang anda daripada kecederaan serta merangsang pertumbuhan otot abdominals dan obliques.

10 Boleh dilakukan dimana-mana, pada bila-bila masa!
Squat sangat mudah dilakukan. Boleh dilakukan di tepi pantai, pejabat, bilik mandi, dapur, semasa membawa anak-anak ke taman permainan atau di mana-mana sahaja yang anda suka. Squat tidak memerlukan sebarang peralatan. Squat juga tidak begitu menghasilkan peluh, maka anda boleh melakukan latihan ini dalam suit tuxedo sekali pon!

Bagi saya squat adalah latihan tubuh yang menyeluruh dalam membina meningkatkan stamina otot yang sangat mudah. Walau bagaimanapun adalah sangat penting untuk anda tahu dan faham kaedah melakukan latihan squat yang betul supaya tidak berlaku kecederaan dan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Adalah sangat digalakkan untuk melakukan latihan squat ini mengikut rutin yang betul. Terdapat banyak jadual rutin perlaksanaan squat yang boleh anda dapatkan dari carian internet. Jika anda adalah beginner, cubalah dari latihan yang paling mudah secara berperingkat sehingga ke tahap squat dengan beban. Pada akhirnya anda akan mendapat hasil yang sangat mengujakan dan akan mencadangkan latihan ini kepada orang lain! 


Dapatkan pelan tindakan 6kg dalam masa 3 bulan secara percuma dibawah :






 
 
 
 
 



No comments:

Post a Comment