Teknik bakar lemak pantas

Monday 16 November 2015

Nak Kurus Ke Nak Sihat?

Kalau Nak Sihat Automatik Kurus


Jika ini adalah soalan objektif, majoriti jawapan yang kita terima adalah ‘sihat’, kerana kita tidak sanggup sakit untuk kurus. Namun, jika ini adalah soalan subjektif yang mana jawapan anda boleh dirungkaikan kepada berpatah-patah perkataan, pasti jawapan tipikal yang dilemparkan adalah ‘kurus dan sihat’, ‘kurus, cantik dan sihat’, ‘kurus dan sempurna kesihatan’ dan sebagainya. 

Perkara ini sudah menjadi perdebatan biasa sejak dari kita kecil lagi. Bagi anda yang telah bergelar ibu, pasti pernah mendengar teguran rakan-rakan terhadap anak-anak anda yang kelihatan kecil dan kurus, “Eh! Kurusnya anak kau”, namu selepas beberapa ketika ada yang akan menyambung “Asalkan sihat sudah la kan!”


Dapatkan pelan tindakan 6kg dalam 3 bulan ==>> Rahsia Diet Berkesan
 
Mengutamakan kesihatan daripada bentuk fizikal tubuh sememangnya adalah satu tindakan yang betul. Namun, jika anda mempunyai bentuk badan yang langsing disamping anugerah kesihatan yang sejahtera, itu adalah bonus untuk diri anda. Perkara ini ada kaitannya dengan Body Mass Index, BMI seseorang. Mari kita lihat dimana diri anda dalam skala BMI di bawah:

petua kuruskan badan
Menjadi kurus, langsing dan sihat adalah impian setiap orang yang berfikiran waras dan meletakkan kecantikan sebagai aset diri. Ada yang sanggup berlapar dengan diet ekstrem untuk kurus dan kelihatan cantik. Ada yang sanggup melabur sejumlah wang yang banyak di pusat perlangsingan untuk menurunkan berat badan. 

Ada juga yang mengamalkan pemakanan yang sihat dan melakukan aktiviti kecergasan untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat dan cantik. Semua usaha-usaha ini bergantung kepada kepercayaan dan kemampuan masing-masing. Namun, kesemua langkah-langkah yang dinyatakan di atas tidak mudah untuk dicapai dan memerlukan kesungguhan yang tinggi.
 
Bagi mereka yang berdiet ekstrem tidak makan tapi tidak pula berpuasa, konsep bahawa dengan tidak makan maka tiada kalori yang perlu dibakar oleh tubuh maka badan akan kurus adalah salah sama sekali. Badan kita memerlukan lemak,kalori, vitamin dan zat-zat lain untuk kita melakukan aktiviti harian. Tenaga perlu dijana oleh badan untuk bergerak. Nak kurus ke nak sihat?

Begitu juga halnya dengan mereka yang sanggup menabur duit di pusat-pusat perlangsingan dan pusat kecantikan. Terdapat berbagai-bagai kaedah dan peralatan digunakan untuk menurunkan berat badan dan mencantikkan tubuh. Namun nasihat saya, berhati-hatilah… Ada yang mampu memberikan anda keputusan yang sangat mengujakan dengan hanya 1 kunjungan. Cuba bayangkan anda pergi ke pusat perlangsingan tersebut dan berat anda yang ditimbang sebelum rawatan adalah 56 kg. 

Setelah beberapa rawatan seperti selimut haba dan mandi wap contohnya, dalam masa 2-3 jam mereka mampu menunjukkan berat anda menurun kepada 52 kg! Anda percaya?  Saya bercerita berdasarkan pengalaman saya dijemput untuk mengunjungi dan menerima 1 rawatan percuma di sebuah pusat perlangsingan yang sangat terkenal di Malaysia ini. Sewaktu timbangan sebelum rawatan dilakukan perunding tersebut telah memijak penimbang yang saya berdiri untuk menunjukkan berat badan saya yang lebih daripada sebenar! 

Tapi saya tidak menegur dan berkata apa-apa,Saya pura-pura tidak nampak lakonan tersebut dan saya ikuti rawatan tersebut sehingga akhir. Selepas 3 jam mereka mengajak saya untuk menimbang berat sekali lagi. Kali ini tidak pula perunding tersebut memijak penimbang yang saya berdiri itu. Dan keputusan penurunan berat saya adalah sebanyak 4 kg dalam 3 jam rawatan. 

Setelah itu saya di pelawa untuk mengikuti program mereka yang beribu-ribu mahalnya! Saya tersenyum dan menolak dengan cara baik, saya katakan saya ini orang susah dan tidak mampu untuk membayar harga yang ditawarkan. Boleh pulak perunding itu menurunkan sedikit demi sedikit harga rawatan dengan alasan kasihan kepada saya dan beliau mahu melihat saya kurus dan cantik! Oh dunia….!

Dalam berusaha untuk kurus, kesihatan perlu diutamakan kerana anugerah sihat yang Allah kurniakan kepada kita tidak terkira nikmatnya. Berusahalah untuk kurus dengan cara yang sihat dan mengikut kemampuan kita. Ukur baju di badan sendiri. Jangan mudah terpedaya dengan iklan produk perlangsingan yang banyak di pasaran. Anda lebih mengenali diri anda sendiri. Untuk permulaan, setkan satu target penurunan berat badan yang anda mampu capai. Kemudian anda boleh berusaha bersungguh-sungguh kerana target itu adalah sesuatu yang anda mampu capai.

Sedikit motivasi indah dari saya;

  1. 1)      Dalam proses penurunan berat badan, 80%  adalah daripada pemakanan dan 20% daripada senaman yang akan membantu penurunan berat badan. Ini bermakna, penjagaan diet harian memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha anda untuk menurunkan berat badan. Jika anda melakukan senaman setiap hari tetapi pemakanan tidak dikawal dengan baik, usaha anda akan menjadi sia-sia.

    2)      Timbang berat badan anda 1 kali seminggu, bukan setiap hari. Ini akan menghindarkan anda daripada tertekan dengan berat badan yang naik turun setiap hari dan perasaan ini akan mengganggu proses penurunan berat badan.

    3)      Tingkatkan pengetahuan anda dengan membaca artikel-artikel kesihatan dan diet yang betul. 

    4)    Perlu diingat, lemak yang anda ternak di dalam badan bertahun-tahun, tidak mungkin mengambil masa seminggu untuk dinyahkan! Bersabar dan sentiasa positif dan terus mencabar diri untuk kurus dengan cara yang sihat.




No comments:

Post a Comment