Teknik bakar lemak pantas

Saturday 21 November 2015

5 SEBAB KENAPA ANDA GAGAL KURUS


5 SEBAB KENAPA ANDA GAGAL KURUS

Mandi pagi boleh kuruskan badan


Walaupun sudah berdiet setiap hari dan bersenam dengan membuat latih tubi sehingga sakit satu badan, berat badan anda masih tidak turun, malah naik pula 1-2 kg! Anda pasti merasa tertekan dan kecewa dengan situasi ini dan berat badan anda akan terus naik! Cuba teliti sebab-sebab mudah di bawah yang boleh anda perbaiki untuk mencapai impian anda untuk kurus:-



1) Tidak bersarapan
Tahukah anda sarapan pagi adalah diet paling penting yang perlu diambil setiap hari. Kajian membuktikan mereka yang tidak bersarapan berisiko 4 kali lebih tinggi untuk mendapat penyakit obesiti daripada mereka yang bersarapan. Dengan tidak mengambil sarapan atau melewatkan sarapan akan merendahkan tahap metabolisme badan. Apabila berlapar pada waktu pagi pastinya jumlah makanan yang akan anda ambil lebih banyak kerana telah menahan lapar 5-6 jam setelah bangun dari tidur!

2) Makan terlalu cepat
Kunyahlah makanan perlahan-lahan sebelum menelannya. Nabi menggalakkan kita mengunyah makanan sebanyak 44 kali sebelum ditelan. Apabila kita mengunyah makanan dengan lebih lama, partikel makanan akan menjadi lebih kecil dah mudah dihadam.

Rahsia Pelan Tindakan Berkesan. 6 kg dalam masa 3 bulan!

3) Tidak minum air secukupnya
Kita semua maklum badan manusia memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Tetapi tanya pada diri sendiri, adakah anda engkar kepada syarat paling mudah untuk kurus ini?

4) Makan lewat malam
Waktu yang paling sesuai untuk makan malam adalah antara jam 6 petang sehingga 8 malam. Aktiviti badan akan menurun selepas jam 5 petang dan anda tidak memerlukan makanan yang banyak untuk menghasilkan tenaga berbanding sarapan. Oleh itu, cuba untuk kurangkan kuantiti makanan pada makan malam anda dan jangan makan lewat daripada jam 8. Anda juga perlu memastikan jarak 2 jam sebelum tidur untuk memastikan makanan yang anda makan sempat dicerna dan tidak membentuk lemak jika anda terus tidur.

5) Malas bersenam
Masalah utama kebanyakan daripada kita adalah malas untuk bersenam. Tidak sempat, tidak cukup masa dan letih setelah balik daripada kerja di pejabat bukan lagi alasan yang kukuh untuk tidak bersenam. Terdapat banyak kaedah bersenam dan membuat latihan kardio yang boleh dibuat hanya dalam tempoh  20 minit sehari untuk kekal cergas dan memastikan kadar metabolisma badan kekal pada tahap aktif.




No comments:

Post a Comment