Teknik bakar lemak pantas

Wednesday 20 May 2015

Bahagian Ketiga : 11 Cara Untuk Bina Otot Dan Bakar Lemak Anda Dengan Pantas

Anda sentiasa bersenam, makan makanan yang seimbang tapi masih gagal turunkan berat badan?

petua kuruskan badan dengan cepat
Saya harap anda dah baca bahagian pertama   dan juga bahagian kedua. Jika anda belum baca bolehlah klik link diatas. Ok, kita sambung bahagian ketiga untuk mengenal pasti 11 cara untuk bina otot dan bakar lemak anda dengan pantas untuk kuruskan badan anda 6kg dalam masa 3 bulan.

Anda juga boleh dapatkan pelan tindakan 6kg dalam masa 3 bulan di sini


  • Rutin harian anda mungkin tidak ada peningkatan.
Sekiranya anda melakukan aktiviti senaman anda membuat benda yang sama dengan kadar intensiti yang sama anda mungkin tidak akan mencapai tahap atau objektif yang dikehendaki. Lebih parah lagi anda akan cepat bosan dan terus tidak melakukan senaman. Anda boleh cuba mengubah rutin harian anda dengan membuat aktiviti senaman kardio anda terutamanya yang belum anda buat. 

Apa yang prlu anda buat :

Cuba ubah aktiviti rutin anda denga senaman yang berbeza dari sebelumnya dan yang paling penting anda suka dan enjoy dengan senaman tersebut. Delan pelan tindakan yang berkesan anda akan dapat merekodkan senaman-senaman untuk otot-otot yang mana anda telah built up dan fokuskan. Contoh , minggu ni anda buat senaman perut dan minggu berikutnya anda buat senaman peha . Ini menyenangkan untuk lebih fokus pada bahagian yang perlu anda workout.

  • Pastikan anda makan sebelum buat aktiviti atau senaman.
Badan anda dan juga otak anda perlukan carb untuk buat kerja. Dengan tenaga yang secukupnya akan membolehkan anda bekerja dengan lebih keras dan membakar lebih banyak kalori.

Apa yang perlu anda buat :

Setiap tubuh adalah berbeza dan memerlukan eksperimen untuk mengetahui apa yang perlu anda makan sebelum membuat aktiviti. Yang pasti anda perlu makan makanan seimbang 3 jam sebelum sebarang aktiviti ataupun makanan ringan 30 minit sebelum melakukan aktiviti.

  • Dan pastikan anda mendapat protin yang mencukupi selepas setiap aktiviti.
Jika anda seorang yang aktif contohnya melakukan sekurangnya 3 kali seminggu, anda sebenarnya perlukan 1 gram protin  untuk setiap 0.4kg berat badan anda. Apabila anda buat senama beban, anda sebenarnya memecahkan tisu otot dan badan anda sebenarnya bergantung pada protin untuk membina semula tisu tersebut.

Apa yang perlu anda buat :

Makan makanan ringan kaya dengan protin selepas 30 minit anda selesai melakukan aktiviti. Sebenarnya jika anda sentiasa mengambil makanan seimbang ianya tidak menjadi isu. Ada yang mencadangkan mengambil yogurt selepas 30 minit melakukan aktiviti. Terpulang pada anda.

Saya berharap dengan sedikit perkongsian ini akan membantu anda untuk mencapai berat badan yang ideal dan yang paling penting adalah sihat. Saya akan sambung entri seterusnya iaitu bahagian terakhir pada artikel seterusnya. Selamat mencuba.

Jangan lupa untuk donwload pelan tindakan dibawah untuk dijadikan panduan untuk anda mncapai berat badan ideal :

===========>>>>>>> 6kg dalam masa 3 bulan <<<<<<===========

p.s Jika anda ada pertanyaan, boleh komen di blog ini atau email petuakuruskanbadan@gmail.com.
p.s.s Jangan lupa untuk kongsi dan LIKE page  Sihat Dan Kurus jika ianya bermanafaat untuk anda.
 

  

No comments:

Post a Comment